Tidak dinafikan lagi
Facebook sememangnya membawa ketagihan kepada penggunanya. Daripada
survey yang dijalankan di London, pengguna Facebook akan menghabiskan
masa terlalu lama menggunakannya sehingga mereka tidak gembira dengan
kehidupan mereka sendiri.
Menurut survey yang dijalankan itu, pengguna yang mula membuka
komputer akan terus masuk ke laman web jaringan tersebut. Golongan yang
berpendapatan dan berpendidikan rendah adalah golongan yang didapati
berisiko tinggi mengalami ketagihan itu.
Sebahagian daripada responden merasakan kehidupan mereka yang
dikecapi selama ini telah diambil oleh Facebook. Banyak masa yang
diluangkan hanya untuk Facebook sehinggakan tiada masa untuk melakukan
perkara penting yang lain.
Daripada survey yang dibuat secara rawak itu, 85 peratus daripada
mereka mengakui menggunakan Facebook setiap hari dan sebahagian dari
mereka akan membuka laman tersebut terlebih dahulu berbanding laman web
yang lain tidak kira menggunakan komputer atau alat telekomunikasi yang
lain.
Di Malaysia, ketagihan menggunakan Facebook juga dilihat sama
tahapnya dengan pengguna pengguna lain di luar negara. Pengguna Facebook
di Malaysia banyak menghabiskan masa di Fanpage serta Group dengan
membaca status, menonton video, membalas komen serta bersembang dan
mereka sanggup menghabiskan masa seharian di depan komputer.
No comments:
Post a Comment