Thursday 26 April 2012

Falsafah cinta menyebut:
Kita tidak sempurna tetapi perkahwinan menyempurnakan kita
Dalam menapak menaiki tangga menuju gerbang perkahwinan, perancangan dan persediaan perlu kemas disusun. Sesungguhnya, yang paling sukar adalah persediaan jiwa. Jiwa perlu bersih, kuat, jernih, suci dan cekal untuk melangkah ke alam yang baru ini.
Apabila si teruna dan dara diijabqabulkan maka terbinalah rumahtangga. Mungkin inilah tafsiran kebanyakan orang apabila ditanyakan maksud rumahtangga. Islam melihat rumahtangga lebih daripada itu. Bahkan Islam merupakan sistem keluarga. Islam memandang rumahtangga sebagai tempat perlindungan, pertemuan dan kediaman. Di bawah naungan rumahtangga, berlaku pertemuan antara hati-hati yang ditegakkan di atas tunjang kasih mesra, saling simpati, saling melindungi, saling berbudi, juga ditegakkan di atas lunas menjaga dan memelihara kesucian diri. Di bawah lindungan rumahtangga juga lahirnya anak-anak dan dari rumahtangga memanjangnya tali hubungan kasih sayang.
Al-Quran menggambarkan rumahtangga dengan gambaran yang halus dan lembut, gambaran hubungan yang terpancar darinya rasa kasih mesra. Gambaran hubungan yang memperlihatkan bayang yang teduh dan embun-embun yang basah, dan gambaran hubungan yang melepaskan bau-bau yang semerbak harum.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Surah Ar-Ruum: 21)
Itulah hubungan antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan kasih sayang, malah dari ungkapan kata-kata Al-Quran itu sendiri kita dapat merasakan perasaan kerinduan dan kemesraan.
Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
“Wahai para pemuda! Barangsiapa antara kalian berkemampuan untuk berkahwin, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih membentengi kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa (shaum), kerana puasa itu dapat membentengi dirinya”.
(Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)
Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. ‘Perasaan’ adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan ‘bekerja’ untuk kita, bukan sebaliknya.
Akan tiba masanya, sesuatu yang dilihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika hanya bergantung kepada perasaan, cinta akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumahtangga, tanggungjawab akan datang menyelamatkan ‘pertunjukan’ dengan peranan yang lebih berkesan.
Islam adalah agama cinta. Dan mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga dia merasakan hangatnya cinta.
Kehangatan cinta kepada Allah, Rasulullah s.a.w, dan cinta insani semata-mata kerana Allah

By: Putera-Islam.com
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.




Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.
By: blog islam itu indah
penulis: atiqsalleh

Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
  16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
  19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
  20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


 credit to: cisdel.com




FUTUR ataupun terhenti menjalankan aktiviti dakwah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, sudah sering kali kita dengar serta lihat dengan mata dan telinga kita sendiri. Begitulah keadaan pendakwah masa kini, ia bukan fantasi tetapi realiti yang sedang dan akan terus terjadi.

Memang benar, keinginan, semangat dan kekuatan diakui kadang-kala turun dan meningkat. Begitu juga dengan iman, seperti dikatakan Imam Bukhari dalam riwayat: "Iman adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan boleh berkurang."
Imam Ahmad pernah ditanya makna bertambah dan berkurangnya iman. Kemudian beliau menjawab dengan menukilkan ucapan dengan sanadnya sampai kepada 'Umair bin Hubaib. Katanya: "Iman bertambah dan berkurang."

Maka dia ditanya: "Bagaimana bertambah dan berkurangnya? Dia menjawab: Jika kita ingat Allah, memuji-Nya, bertasbih kepada-Nya, maka demikianlah bertambahnya. Dan jika kita lalai, melupakan-Nya, mensia-siakan-Nya maka itulah berkurangnya."
Memang benar iman boleh bertambah dan berkurang, tetapi untuk berhenti terus daripada melakukan dakwah adalah perkara mendukacitakan. Sesungguhnya manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi dan sebagai khalifah salah satu tugasnya ialah menyampaikan risalah tauhid, menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara mungkar.
Firman Allah bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang yang beruntung." (Surah al-Imran, ayat 104)

Kita akui bahawa aktiviti dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan cabaran akan mendatang bagi memadamkan aktiviti dakwah daripada terus bersinar. Perkara ini pernah diutarakan Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam artikel beliau bertajuk kewajipan generasi muda Islam hari ini.

Al-Qardhawi berkata: "Tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah, engkau akan mendapati rintangan itu sehingga dalam rumahmu sendiri, mungkin engkau mendapati ayahmu, saudaramu, sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: Mengapa engkau berbuat demikian? Mahukah engkau dipenjara? Mahukah engkau ditangkap? Mahukah engkau diseksa? Mahukah engkau begini dan begitu?"

Namun, adakah kekangan ini yang menjadikan kita berduka cita? Tidakkah kita pernah terhibur dengan ganjaran besar yang pernah Allah tawarkan kepada mereka yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran?
Malah, Allah menggelar penyeru kebaikan dan pencegah kemungkaran ini sebagai sebaik-baik manusia. Firman Allah bermaksud: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Jika Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang fasik."

Seharusnya kita berulang-ulang memperingatkan diri bahawa jangan sesekali mengkhianati tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Pada masa sama, jangan sekali lagi membiarkan diri untuk tidak dipercayai oleh malaikat, seperti yang mereka pernah suarakan kepada Allah pada permulaan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Firman Allah bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Teruskanlah berpesan kepada kebaikan dan penuh dengan kesabaran. Jangan menjadi Muslim yang pentingkan diri, berasa nikmat iman dan Islam bersendiri. Islam melarang menjadi Muslim yang pentingkan diri sendiri.

Islam menyuruh umatnya menyebarkan dua nikmat iaitu iman dan Islam kepada seluruh manusia. Rugilah sesiapa yang menikmati iman dan Islam bersendirian, kecuali jika mereka berkongsi bersama nikmat itu dengan menjalankan aktiviti dakwah.

Seperti firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran." (Surah al-Ashr, ayat 2-3)

Bagi pendakwah yang masih berdegil untuk berhenti daripada jalan dakwah, biarlah firman Allah ini mengejutkan mereka kembali. Allah berfirman bermaksud: "Telah dilaknati orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah melaknat Bani Israil yang tidak melarang perbuatan mungkar berlaku di sekeliling mereka. Mengapa ia terjadi? Kerana di kalangan mereka tidak ada lagi menjalankan aktiviti dakwah, sudah berhenti dalam gerakan dakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Oleh itu, marilah kita kukuhkan jentera kekuatan dan kuatkan semangat. Agenda dakwah tidak harus terhenti, kerana agenda itu adalah tugas yang cukup mulia. Nabi dan Rasul sudah melaksanakan kewajipan dakwah mereka, kini tugas itu harus digalas dan diteruskan oleh kita semua.

Jangan biarkan lelah-lelah, kekangan-kekangan itu membuatkan kita terus jauh daripada jalan dakwah kerana pertolongan Allah dekat dengan kita. Kesusahan itu hanyalah secebis dugaan, dan beruntunglah mereka yang mendapat dugaan Allah.

Firman Allah bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti mana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

from: laman nurani web

Tip bagi mendapatkan kemanisan solat

· Sentiasa bersiap sedia untuk solat berjemaah di tempat dilaungkan azan atau didengari suara azan.


· Hati perlu sentiasa tertaut untuk melaksanakan solat berjemaah


· Berhati-hati dan perelokkanla wuduk. Jimatkan penggunaan air dan pelajari bagaimana Rasulullah SAW berwuduk, kemudian berwuduklah sebagaimana baginda SAW berwuduk.


· Hayatila dan fahamila setiap bacaan, zikir, doa dan tasbih dalam solat.


· Sempurnakanla segala rukun dan sunat-sunat dalam solat dengan sempurna. Rukuk, sujud, qiyam dan seumpamanya perlu dilaksanakan dengan sempurna dan sebaik-baiknya


· Luangkan sedikit masa dan waktu untuk menuturkan zikir-zikir sesudah solat dan fahami serta hayati maksud zikir-zikir tersebut.
 
 
from : blog iera writing
Kalender puak Maya ialah satu kalender yang sangat panjang. Berbanding kalender biasa yang mempunyai 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari pada tahun lompat, satu putaran lengkap Kalender Maya bersamaan dengan   23,040,000,000  hari atau   63,123,288  tahun.
Macam mana ia dikira ?
Sebutan di dalam Kalender Maya ;
Hari sebagai Kin
20 Kin menjadi Winal - 20 hari
18 Winal menjadi Tun - 360 hari (hampir setahun)
20 Tun menjadi K'atun - 20 tahun
20 K'atun menjadi B'ak'tun - 144,000 hari atau 394.26 tahun
20 B'ak'tun - Pictun. - 2,880,000 hari atau 7885 tahun.
#rujuk sumber rujukan
Puak Maya mula mengira kalender mereka semenjak mereka sedar mereka ialah ciptaan terakhir. Bagi mereka, manusia dicipta dalam 4 generasi. 3 generasi pertama telah dimusnahkan, dan tuhan(tuhan mereka) telah menciptakan mereka untuk generasi yang terakhir.
Saintis telah mengira kembali tarikh ciptaan terakhir generasi ke 3 dimusnahkan iaitu pada 11 Ogos 3114 S.M. (sebelum masihi, B.C.), dan ia juga permulaan tarikh baru dalam Kalender Maya iaitu 12.0.0.0.1 bersamaan dengan 1 Kin / 0 Winal / 0 Tun / 0 K'atun / 12 B'ak'tun.
Pada 21.12.2012, sistem Kalender Maya akan berubah kepada B'ak'tun yang seterusnya menjadi 13.0.0.0.0. # Dikatakan ini ialah fasa terakhir di dalam Kalender Maya, saya tiada maklumat tentang ini.
Manakala untuk 20 B'ak'tun berubah menjadi 1 Pictun iaitu 1.0.0.0.0.0 ialah pada tarikh 13 Oktober 4772.

Kiamat terjadi pada 12 Desember 2012 ?

Seperti yang saya sebutkan di atas, pertukaran ke B'ak'tun seterusnya ialah pada tarikh tersebut. 13.0.0.0.0 ialah penamat tarikh untuk generasi ke-4 dalam kepercayaan Puak Maya. 

Dikatakan pada tarikh inilah Planet X atau Planet Nibiru akan mengganggu sistem graviti Bumi berikutan sistem magnetic yang kuat daripada planet tersebut.
Kiamat ?
Tetapi, apa yang terjadi pada pertukaran B'ak'tun sebelum ini ? Iaitu yang paling terdekat 12.0.0.0.0 ? Kamu tahu apa yang terjadi ?
12.0.0.0.0 bersamaan dengan 18 September 1618 tiada apa pun perkara yang dasyat terjadi mahupun kelahiran bintang terkenal.
#rujuk sumber rujukan




moral:  HANYA ALLAH YANG TAHU BILA KIAMAT SEBENAR AKAN TERJADI.....

dunia nak kiamat..apa nak jadi

Hubungan Gay dan Lesbian, sebuah hubungan terkutuk yang boleh manusia  melakukan. Seorang manusia yang mengadakan hubungan sejenis, secara langsung melanggar undang-undang alam semula jadi, undang-undang agama, undang-undang masyarakat dan menyalah gunakan badan yang dipinjam kepadanya dengan sengaja. Badan ini bukanlah milik kita, Badan ini hanya dipinjam kepada kita untuk sebuah masa yang ditentukan. Apabila masanya sampai kita kena mengembalikan badan ini kepada asalnya. Adalah tugas kita untuk menjaga dan memelihara dengan baik badan yang telah dipinjam kepada kita.

Hukum Alam

Dari segi hukum alam semula jadi, sebab utama hubungan seks hanyalah untuk melahirkan generasi baru dan merapatkan hubungan sesama Lelaki dan wanita. Alam semula jadi telah menetapkan suatu sistem yang teratur untuk setiap sesuatu yang terdapat di bumi ini termasuk badan kita. Alam hanya menetapkan kemaluan lelaki dan wanita untuk mengadakan hubungan seks, bahagian-bahagian badan yang lain adalah untuk kegunaan dan untuk tujuannya tersendiri. Jika kita menggunakan anggota badan kita yang lain untuk memuaskan nafsu kita, ia bererti kita menyalah gunakan badan kita dan melanggar hukum alam.

Hubungan seks seorang manusia tidak hanya meliputi badannya. Seorang manusia yang mengadakan hubungan seks dengan pasangannya menggunakan badan, roh, chakra, aura, semua derianya dan mindanya ; semasa mengadakan hubungan seks. Hubungan seks manusia dengan binatang lain keseluruhannya, Tetapi malangnya kita hanya mengadakan hubungan seks seperti seekor binatang dan kita berpuas hati dengannya. Ini suatu penipuan yang nyata oleh minda dan syaitan kita. Kita tertipu dengan mereka dan mengikuti langkah mereka.

Kitaran kehidupan, lahir dan mati 

Apabila seorang lelaki atau perempuan mengambil sejenisnya menjadi teman hidupnya. Dia memutuskan kitaran lahir dan mati, ini akan menyebabkan alam tidak dapat menstabilkan kelahiran dan kematian. Jika kita memperhatikan dengan teliti kita dapat mengenali bahawa kelahiran bayi lelaki dan perempuan tetap stabil dan tidak pernah terputus kestabilan jantina.

Kalau bilangan lelaki dan perempuan di seluruh dunia dikira pasti bilangannya cukup sepasang. Setiap orang lelaki dan wanita pasti ada pasangannya. Apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang lelaki yang lain, dua orang wanita akan kehilangan pasangannya dan juga sebaliknya.

Apabila pasangan jantina tidak dapat distabilkan, alam semula jadi akan menggunakan, bencana alam untuk menstabilkan jantina. Sebab inilah bencana alam banyak berlaku kebelakangan ini.

Dari segi agama

Tiada agama di dunia ini yang menerima dan membenarkan amalan gay dan lesbian. Kalau anda kata  “Tidak ! Agama saya membenarkan hubungan sejenis” , saya hanya akan memberikan satu nasihat untuk anda  “Tolong tinggalkan Agama itu serta merta, dan cari sebuah agama yang lebih baik” kalau anda tak masuk agama lain pun tak apa, Kalau anda faham Tuhan hanya Satu sudah cukup. Jangan menganuti agama tersebut lagi dan tinggalkannya serta merta.  Sebuah agama yang mengajar atau membenarkan pengikutnya melanggar hukum alam semula jadi, Hanya akan membawa anda ke kesesatan yang nyata, Anda tidak akan kembali ke jalan yang sebenar selama-lamanya.

Masyarakat

Manusia adalah binatang yang hidup secara berkelompok ( Binatang Sosial ). Apabila kita hidup dalam sesebuah masyarakat dan kumpulan, kita kenalah menghormati dan mentaati satu sama lain. Setiap orang manusia perlu menjadi contoh yang baik bagi seorang manusia yang lain. Apabila seorang manusia mengadakan hubungan sejenis, ini akan menjejaskan hubungan sesama manusia. Biasanya seorang kanak-kanak akan melihat dan mengikuti langkah seseorang yang menarik perhatiannya untuk dijadikan panduan hidupnya. Apabila amalan terkutuk ini dibiarkan di dalam sesebuah masyarakat ini akan melahirkan lebih ramai pasangan gay dan lesbian dan secara langsung akan merosakkan ikatan masyarakat.

Seluruh masyarakat akan memaki, mencaci dan membenci seseorang yang mengadakan hubungan sejenis. Amalan ini boleh merosakkan akidah, moral, akal, emosi dan kehidupan generasi yang akan datang. Apabila hubungan sebegini dibenarkan, ia akan melahirkan lebih ramai manusia yang mengadakan hubungan sejenis. Masyarakat akan memulaukan orang yang melakukan hubungan sejenis. Ini akan menyebabkan mereka terasa tertekan dan menderanya secara mental dan psychologically. Keadaan ini akan melahirkan ramai penjenayah dan pesakit mental.

Penyakit

Orang yang mengadakan hubungan sejenis, hubungan dengan binatang, hubungan seks dengan kedua-dua jantina akan membawa pelbagai jenis kepada pasangannya dan generasinya yang akan datang. Seorang manusia sebeginilah yang membawa Aids daripada sejenis monyet yang hidup di hutan dalaman Afrika dan menyebarkannya kepada umat manusia. Anda boleh melihat hasilnya sekarang. Berapa juta orang yang hidup terseksa kerana penyakit tersebut.

Punca dan penyebab

Kemajuan teknologi pada zaman ini menjadi penyumbang utama masalah gay, lesbian, seks bebas, bohsia dan sebagainya. Laman web lucah, video lucah, majalah lucah, gambar lucah dan sebagainya menjadi punca utama. Kini telefon bimbit menjadi menyumbang utama daripada bahan-bahan yang lain

Pergaulan bebas di sekolah, tempat kerja dan di tempat-tempat lain menyebabkan pemuda-pemudi sekarang kehilangan perasaan segan silu, malu, dan sebagainya. Kekurangan ajaran agama dan moral menyebabkan mereka memilih keseronokan sementara dan memasuki jalan yang salah.
Salah suatu penyebab utama ialah perhiasan badan dan pakaian seperti jantina bertentangan. Seorang lelaki perlu berpakaian dan berhias seperti seorang lelaki dan seorang wanita perlu berpakaian dan berhias seperti seorang wanita.

Apabila seorang lelaki berhias dan berpakaian seperti wanita secara tidak langsung dia akan menarik perhatian pihak lelaki dan seorang wanita yang berhias dan berpakaian seperti lelaki secara langsung dia akan menarik perhatian kaum wanita.
Sedangkan binatang pun tidak akan mengadakan hubungan sejenis,
takkan manusia yang ada enam akal tak sedar hukum alam.

Baca lagi : Gay dan Lesbian – Experimen | RahsiaAlam.com
http://www.rahsiaalam.com
Petikan Dari : Rahsiaalam.com

Wednesday 18 April 2012

~Masalah sosial~








Di Malaysia,  remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.
Data dan statistik  banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut  Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan  bagi kesalahan jenayah harta benda  serta kekerasan. Daripada  jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17%  adalah remaja dan dalam kalangan  remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan  boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.

Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).

Jenayah yang dilakukan  oleh remaja  bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah  berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja  Cina dan 47 adalah remaja kaum India.

Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.

Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).
Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah  yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius  dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan  remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja  yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989,  3763 kes pada tahun 1990  dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.

Satu lagi tabiat  remaja  yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran  mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian   di dua buah rumah pangsa  di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India  berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia
, 11 Mac 1993).

Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat  dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga  keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang  mempunyai latar belakang yang baik.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak  yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan  hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa  dan anak kurang  mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya  juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan  wang saku  yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi  oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya  yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa  dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya  menjalankan kewajipan dengan merancang  aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,  pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.

2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku  para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan  melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini. Berikut beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”