Saturday 26 May 2012

RISIKO MINUMAN BERKARBONAT

Risiko dan bahaya minuman berkarbonat. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard menegaskan pengambilan satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh memberi kesan terhadap serangan jantung.
Minuman berkarbonat
Kajian terhadap lebih 40,000 lelaki menunjukkan keputusan yang mengejutkan di mana kandungan gula dalam minuman berkarbonat meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, dan boleh menyebabkan kematian.
Ketua penyelidik berpendapat pengambilan gula yang berlebihan akan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung. Ujian sampel darah yang dibuat pula menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki protein serta lemak yang tinggi dalam darah dan boleh dikaitkan dengan serangan jantung. Paras kadar kolestrol yang baik pula akan menjadi rendah.
Kajian tersebut juga menunjukkan semakin banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan diawet yang ditambah gula, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung sama seperti minuman berkarbonat. Keadaan menjadi lebih buruk apabila seseorang itu mempunyai amalan yang kurang sihat seperti merokok, pengambilan alkohol dan sebagainya.
Penyelidik membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisis maklumat yang disediakan oleh responden melalui soal jawab khas setiap dua tahun, dari tahun 1986 sehingga tahun 2008.

FACEBOOK MEMBAWA KETAGIHAN

Tidak dinafikan lagi Facebook sememangnya membawa ketagihan kepada penggunanya. Daripada survey yang dijalankan di London, pengguna Facebook akan menghabiskan masa terlalu lama menggunakannya sehingga mereka tidak gembira dengan kehidupan mereka sendiri.
Ketagihan Facebook
Menurut survey yang dijalankan itu, pengguna yang mula membuka komputer akan terus masuk ke laman web jaringan tersebut. Golongan yang berpendapatan dan berpendidikan rendah adalah golongan yang didapati berisiko tinggi mengalami ketagihan itu.
Sebahagian daripada responden merasakan kehidupan mereka yang dikecapi selama ini telah diambil oleh Facebook. Banyak masa yang diluangkan hanya untuk Facebook sehinggakan tiada masa untuk melakukan perkara penting yang lain.
Daripada survey yang dibuat secara rawak itu, 85 peratus daripada mereka mengakui menggunakan Facebook setiap hari dan sebahagian dari mereka akan membuka laman tersebut terlebih dahulu berbanding laman web yang lain tidak kira menggunakan komputer atau alat telekomunikasi yang lain.
Di Malaysia, ketagihan menggunakan Facebook juga dilihat sama tahapnya dengan pengguna pengguna lain di luar negara. Pengguna Facebook di Malaysia banyak menghabiskan masa di Fanpage serta Group dengan membaca status, menonton video, membalas komen serta bersembang dan mereka sanggup menghabiskan masa seharian di depan komputer.

Thursday 26 April 2012

Falsafah cinta menyebut:
Kita tidak sempurna tetapi perkahwinan menyempurnakan kita
Dalam menapak menaiki tangga menuju gerbang perkahwinan, perancangan dan persediaan perlu kemas disusun. Sesungguhnya, yang paling sukar adalah persediaan jiwa. Jiwa perlu bersih, kuat, jernih, suci dan cekal untuk melangkah ke alam yang baru ini.
Apabila si teruna dan dara diijabqabulkan maka terbinalah rumahtangga. Mungkin inilah tafsiran kebanyakan orang apabila ditanyakan maksud rumahtangga. Islam melihat rumahtangga lebih daripada itu. Bahkan Islam merupakan sistem keluarga. Islam memandang rumahtangga sebagai tempat perlindungan, pertemuan dan kediaman. Di bawah naungan rumahtangga, berlaku pertemuan antara hati-hati yang ditegakkan di atas tunjang kasih mesra, saling simpati, saling melindungi, saling berbudi, juga ditegakkan di atas lunas menjaga dan memelihara kesucian diri. Di bawah lindungan rumahtangga juga lahirnya anak-anak dan dari rumahtangga memanjangnya tali hubungan kasih sayang.
Al-Quran menggambarkan rumahtangga dengan gambaran yang halus dan lembut, gambaran hubungan yang terpancar darinya rasa kasih mesra. Gambaran hubungan yang memperlihatkan bayang yang teduh dan embun-embun yang basah, dan gambaran hubungan yang melepaskan bau-bau yang semerbak harum.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Surah Ar-Ruum: 21)
Itulah hubungan antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan kasih sayang, malah dari ungkapan kata-kata Al-Quran itu sendiri kita dapat merasakan perasaan kerinduan dan kemesraan.
Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
“Wahai para pemuda! Barangsiapa antara kalian berkemampuan untuk berkahwin, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih membentengi kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa (shaum), kerana puasa itu dapat membentengi dirinya”.
(Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)
Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. ‘Perasaan’ adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan ‘bekerja’ untuk kita, bukan sebaliknya.
Akan tiba masanya, sesuatu yang dilihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika hanya bergantung kepada perasaan, cinta akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumahtangga, tanggungjawab akan datang menyelamatkan ‘pertunjukan’ dengan peranan yang lebih berkesan.
Islam adalah agama cinta. Dan mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga dia merasakan hangatnya cinta.
Kehangatan cinta kepada Allah, Rasulullah s.a.w, dan cinta insani semata-mata kerana Allah

By: Putera-Islam.com
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.




Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.
By: blog islam itu indah
penulis: atiqsalleh

Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
  16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
  19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
  20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


 credit to: cisdel.com




FUTUR ataupun terhenti menjalankan aktiviti dakwah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, sudah sering kali kita dengar serta lihat dengan mata dan telinga kita sendiri. Begitulah keadaan pendakwah masa kini, ia bukan fantasi tetapi realiti yang sedang dan akan terus terjadi.

Memang benar, keinginan, semangat dan kekuatan diakui kadang-kala turun dan meningkat. Begitu juga dengan iman, seperti dikatakan Imam Bukhari dalam riwayat: "Iman adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan boleh berkurang."
Imam Ahmad pernah ditanya makna bertambah dan berkurangnya iman. Kemudian beliau menjawab dengan menukilkan ucapan dengan sanadnya sampai kepada 'Umair bin Hubaib. Katanya: "Iman bertambah dan berkurang."

Maka dia ditanya: "Bagaimana bertambah dan berkurangnya? Dia menjawab: Jika kita ingat Allah, memuji-Nya, bertasbih kepada-Nya, maka demikianlah bertambahnya. Dan jika kita lalai, melupakan-Nya, mensia-siakan-Nya maka itulah berkurangnya."
Memang benar iman boleh bertambah dan berkurang, tetapi untuk berhenti terus daripada melakukan dakwah adalah perkara mendukacitakan. Sesungguhnya manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi dan sebagai khalifah salah satu tugasnya ialah menyampaikan risalah tauhid, menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara mungkar.
Firman Allah bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang yang beruntung." (Surah al-Imran, ayat 104)

Kita akui bahawa aktiviti dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan cabaran akan mendatang bagi memadamkan aktiviti dakwah daripada terus bersinar. Perkara ini pernah diutarakan Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam artikel beliau bertajuk kewajipan generasi muda Islam hari ini.

Al-Qardhawi berkata: "Tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah, engkau akan mendapati rintangan itu sehingga dalam rumahmu sendiri, mungkin engkau mendapati ayahmu, saudaramu, sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: Mengapa engkau berbuat demikian? Mahukah engkau dipenjara? Mahukah engkau ditangkap? Mahukah engkau diseksa? Mahukah engkau begini dan begitu?"

Namun, adakah kekangan ini yang menjadikan kita berduka cita? Tidakkah kita pernah terhibur dengan ganjaran besar yang pernah Allah tawarkan kepada mereka yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran?
Malah, Allah menggelar penyeru kebaikan dan pencegah kemungkaran ini sebagai sebaik-baik manusia. Firman Allah bermaksud: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Jika Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang fasik."

Seharusnya kita berulang-ulang memperingatkan diri bahawa jangan sesekali mengkhianati tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Pada masa sama, jangan sekali lagi membiarkan diri untuk tidak dipercayai oleh malaikat, seperti yang mereka pernah suarakan kepada Allah pada permulaan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Firman Allah bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Teruskanlah berpesan kepada kebaikan dan penuh dengan kesabaran. Jangan menjadi Muslim yang pentingkan diri, berasa nikmat iman dan Islam bersendiri. Islam melarang menjadi Muslim yang pentingkan diri sendiri.

Islam menyuruh umatnya menyebarkan dua nikmat iaitu iman dan Islam kepada seluruh manusia. Rugilah sesiapa yang menikmati iman dan Islam bersendirian, kecuali jika mereka berkongsi bersama nikmat itu dengan menjalankan aktiviti dakwah.

Seperti firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran." (Surah al-Ashr, ayat 2-3)

Bagi pendakwah yang masih berdegil untuk berhenti daripada jalan dakwah, biarlah firman Allah ini mengejutkan mereka kembali. Allah berfirman bermaksud: "Telah dilaknati orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah melaknat Bani Israil yang tidak melarang perbuatan mungkar berlaku di sekeliling mereka. Mengapa ia terjadi? Kerana di kalangan mereka tidak ada lagi menjalankan aktiviti dakwah, sudah berhenti dalam gerakan dakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Oleh itu, marilah kita kukuhkan jentera kekuatan dan kuatkan semangat. Agenda dakwah tidak harus terhenti, kerana agenda itu adalah tugas yang cukup mulia. Nabi dan Rasul sudah melaksanakan kewajipan dakwah mereka, kini tugas itu harus digalas dan diteruskan oleh kita semua.

Jangan biarkan lelah-lelah, kekangan-kekangan itu membuatkan kita terus jauh daripada jalan dakwah kerana pertolongan Allah dekat dengan kita. Kesusahan itu hanyalah secebis dugaan, dan beruntunglah mereka yang mendapat dugaan Allah.

Firman Allah bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti mana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

from: laman nurani web

Tip bagi mendapatkan kemanisan solat

· Sentiasa bersiap sedia untuk solat berjemaah di tempat dilaungkan azan atau didengari suara azan.


· Hati perlu sentiasa tertaut untuk melaksanakan solat berjemaah


· Berhati-hati dan perelokkanla wuduk. Jimatkan penggunaan air dan pelajari bagaimana Rasulullah SAW berwuduk, kemudian berwuduklah sebagaimana baginda SAW berwuduk.


· Hayatila dan fahamila setiap bacaan, zikir, doa dan tasbih dalam solat.


· Sempurnakanla segala rukun dan sunat-sunat dalam solat dengan sempurna. Rukuk, sujud, qiyam dan seumpamanya perlu dilaksanakan dengan sempurna dan sebaik-baiknya


· Luangkan sedikit masa dan waktu untuk menuturkan zikir-zikir sesudah solat dan fahami serta hayati maksud zikir-zikir tersebut.
 
 
from : blog iera writing